Wednesday, October 28, 2009

Terima Kasih & Penghargaan...

Alhamdulillah..Majlis tahlil 3 malam berturut-turut telah selamat diadakan di Kg Manggis Dua, Bandar Seri Begawan dan juga di Sg Haji Dorani, Sg Besar di mana malam ini adalah malam yg terakhir...
Diri ini cuba menyesuaikan keadaan tanpa abah di sisi..sesekali seperti nampak kelibat arwah di setiap pelosok rumah terutama di bilik dan kerusi kegemaran arwah...Naik kereta pun seperti arwah masih lagi di sisi..Tapi aku cepat-cepat menyedarkan diri bahawa semua ini bukan mimpi tapi realiti yang harus aku lalui dan tempuhi...Semoga Allah mengurniakan aku dgn kekuatan berterusan utk bersama-sama meneruskan kehidupan dgn ummi dan adik-adik..Sesekali air mata ummi mengalir tetapi aku memahami perasaannya..Muna pula hanya bersikap cool dan professional..Tiada soalan di mana abah berada tetapi jika kemahuannya tidak dituruti..pasti meragam..jadi tadi aku byk melayannya...nak pergi kedai...bawa pergi kedai..walaupun sebenarnya Muna paling takut dgn aku... tetapi sejak tiga hari yang lalu kemana-mana kakak dia pergi..dia nak ikut..
Di sini...saya (formal sikit) ingin merakamkan sekalung penhargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada setiap insan mulia yang berada bersama kami sekeluarga melalui satu detik yang paling sukar dalam hidup kami..Terutamanya kepada ibu sedara dan ayah sedara kami di Brunei Darussalam dan seluruh kenalan rapat arwah abah dan arwah atuk yang sudah dianggap sebagai keluarga sendiri(Pehin Aziz,Keluarga Pehin Jamil,Keluarga di Mabohai),Pak Cik Saifullah & Mak Cik Alina yang sentiasa bersama dgn kami sejak abah koma dua bulan yang lalu, Pak Long dan Mak Long jiran sebelah kami yang sentiasa menghulurkan bantuan (tidak lupa kepada Pehin Yahya & isteri), Duta Malaysia ke Malaysia & isteri, kenalan arwah abah di UBD terutamanya di FEBPS (Dr Nabil,Dr Rozhan,Dr Ali, Dr Patrick) dan juga staff yang lain(Dr Mohaimin & Mdm Zahrina), jiran kami juga Dr Shamsul & Mak Cik Suhan dan juga Mak Cik Nora, kenalan warga Malaysia, Pihak SICU RIPAS,Jabatan Pendaftaran & Kematian Kerjaan Brunei Darussalam dan juga kepada setiap pihak di Bumi Brunei ini yang telah membantu dalam memudahkan urusan pengkebumian arwah abah dan juga tahlil di rumah kami..
Buat warga Malaysia, terutamanya Pak Cik Megat (wakil alkis) dan juga salah satu rakan rapat arwah abah dan juga wakil KUIS Ustaz Farid Ravi, Ustaz Radhi dan dua lagi staff perempuan yang sanggup terbang ke Brunei pada hari pengkebumian arwah abah..keluarga di Malaysia Pak Lang, Mak Uda, Pak Andak(menemankan aku pulang), Mak Anjang,Pak Uteh dan Ucu,kepada semua kenalan kami, arwah abah dan ummi di Malaysia dan seluruh dunia yang mengirimkan ucapan takziah dan juga panggilan telefon dan kiriman doa yang berterusan..Kakak TESL sekalian,terima kasih atas kiriman doa dari kejauhan...Walaupun anda mungkin tidak dapat bersama kami tetapi kiriman sms dan panggilan telefon sgt memberi erti yang mendalam dgn sokongan yang tidak pernah henti..Juga ahli keluarga besar Fadhlullah Suhaimi di Malaysia, Singapore dan Indonesia, terima kasih atas doa dan juga lawatan semasa arwah abah sakit dua bulan yang lalu..
Dari sy sendiri Ulfah Mansurah, terima kasih kpd kawan2 UIA, KISAS, Maahad Hamidiah Kajang dan SKDU dan kenalan maya...yang memberikan segala sokongan dan kiriman doa..Tidak dapat utk diluahkan perasaan terharu atas keperihatinan anda semua dan juga terutamanya bantuan pada malam 25 October yang lalu..kawan2 sekuliah, my best fren khairun serta sahabat afiqah nur,naemah,hawa,kak has, achik,achoq,yah,nawwar alia,wan,nisya yang naik ke level 4 blok E memudahkan urusan kepulangan saya..izyan yang jumpa before naik kereta..dan has yang call malam itu juga..kepada driver dan kamu..thank u so very much...Dan panggilan telefon yang diterima tak henti-hentui..terima kasih banyak..seingat yang call malam itu ialah Mak Mi, Kaw irwani (wife dr asyraf wajdi), intan, ieda, atie,mak cik lily,angah dan juga dr haniff( my very concern deputy dean student affairs, AIKOL) dan sesiapa yang mmg tak ingat..dan juga kirman sms yang tidak berhenti-henti..
Tidak boleh sy nk ucapkan nama satu persatu insan mulia yang sentiasa mendoakan dan memberikan sokongan dan memberikan bantuan kepada kami sekeluarga tetapi anda tahu siapa anda dan yang lebih penting..Allah yang lebih tahu..
Semoga Allah memudahkan urusan insan-insan mulia ini dalam urusan-urusan seharian mereka sepertimana mereka memudahkan urusan kami sekeluarga..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan kalian...
Kesimpulannya...Sentiasalah berbuat baik dengan orang..tiada ruginya kita tetapi akan sangatlah untung kita kerana lumrah manusia yang akan sentiasa ingat pada kebaikan..Hidup ini hanya sementara..Tidak tahu bila kita pula akan bertemu dgnNya...hidup biar berbudi dan berbakti sementara kudrat masih ada...Di sebalik yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi..Allah lebih mengetahui segala-galanya tetapi kita sebagai hambaNya perlu sentiasa Redha dgn ketentuanNya...

1 comment:

nabilah said...

salam.

ulfah sayang, my heart goes to you and your family for the recent demise of yr father. i know you are a strong girl and have long accepted this...

kami doakan moga uncle zainudin ditempatkan dikalangan hamba2 Allah yang soleh. he was a great man, a man whom i have never seen without smile on his face, a man of courage a man of knowledge. insyaAllah ayah ulfah bahagia dalam istirahatnya...

he has gone thru so much, maybe Allah decided to end his pain now, and let you and your family move on.

ulfah sayang, maaf krn tidak menelefonmu earlier. i khuatir u tak menang tangan nak angkat phone, apatah lg nak reply sms. or maybe u needed some privacy. know that you and yr family will always be in my prayers...

let me know if there is anything i can help you with.

moga Allah berkati keluarga ulfah dengan banyak banyak kasih sayang dan rahmah... ameen.

bersabar ulfah... Allah is always with you :-)