Monday, October 26, 2009

He's gone...( Part 1)

Beberapa hari lalu..mimpi aku didatangi abah yang sudah boleh bangun tetapi rebah beberapa saat kemudian...Amatan aku mungkin ini petunjuk yang abah akan sihat semula..So..aku hanya menenangkan diri aku and berdua moga abah akan kekal kuat dan kembali sihat seperti sedia kala....


Pagi ahad yang hening itu..aku ke library utk study 3 test the following week...seperti biasanya aku menjalani weekend bila nk menjelang exam...Pulang ke bilik lebih kurang pukul 5 kerana hasrat terbantut gara-gara hujan yang sangat lebat..


Aku tertidur smpai 6.30 sbb terlalu kepenatan..bangun solat..dan baring semula apabila aku menerima panggilan telefon kira-kira jam 6.40 pm..


Pak Uteh: Akak kat mana..?


Me: Akak kt bilik..napa..?


Pak Uteh: Abah dah tak ada akak...


Me: innalillah..ok..orait..


Aku tidak tau kenapa..air mata aku tidak kuar terus time itu..Aku tidak terkejut..Petang sblm itu..Safwah ada memberitahu yg BP abah agak rendah..Terus aku teringat seorang mak cik di micu dulu yang meninggal keesokan harinya selepas BP nya rendah hari sebelumnya..Hati aku sudah mula rasa lain...Perasaannya sama bila menanti keadaam abah time abah sakit dulu...


Tapi aku tenangkan sahaja diri ...Kerana aku sudah tinggalkan abah dulu dgn segala keredhaan di hati andai ini yang terpaksa aku hadapi..Dan aku puas dpt menjaga abah and even buat suction utk tracheastomy kali terakhir sebelum aku pulang ke Malaysia selepas raya lebih kurang sebulan yang lepas...Tak tau kenapa tangan aku pantas sahaja mencapai sarung tangan and peralatan yang diperlukan sbb tak pernah buat pun before this...


Sejurus selepas tahu...3 org insan yang aku beritahu dulu..afiqah terus dtg naik ke bilik dan aku kalut mencari top-up...Aku call ismah di alex and aku telah menyampaikan berita itu dalam nada penuh ketenangan sebaik mungkin...kesian adik ismah..die nk exam keesokan harinya..aku masih berkira2 nk beritahu atau tidak...Tiada syak apa-apa yg buruk..iya..nada suara aku sgt biasa..Aku perlu tenang..Di kala aku tgh bercakap..putus..arrrgghhh..kredit aku abis pula! Ismah terkejut dan dia terus menangis..Kesian syg..
Kedua-dua handphone aku berbunyi tidak henti-henti...dan rakan-rakan mula memenuhi bilik...Aku mcm jadik buntu sekejap..Top-up yang ku cari..Tiba juga..Aku call ismah sekali lagi..tapi suara dia kini tampak tenang..
Me: Redha syg...
Ismah: Ismah ok...jgn risau..umi camne..?(pertanyaan lain ditujukan)
Aku hang kejap n anything i will let her know..Aku try utk call ummi byk kali tapi xdpt2...akhirnya...aku sayup2 mendengar suara halus ummi di hujung talian..
Me: Ummi...
Ummi: Kita redha...
Me: Ya ummi..Kita redha yer..Abah salu pesan kt kita kene redha selalu kan ummi...
Bila aku terdengar suara ummi..Tidak sanggup aku mendengar suara ummi..Insan yang telah betul2 melalui segalanya..Ummi..Moga Allah memberikan ganjaran terbesar atas segala kesabaran dan ketabahan ummi...
Dalam jam kul 8...bilik aku telah dipenuhi dengan kawan-kawan adalah dlm 10 org..Sorang-sorang dtg ke bilik aku yang dekat level 4 tuh..ada yang jumpa aku dalam keadaan tenang..Ada yang menangis memeluk aku..Mereka mendesak aku utk terus ke airport to utk carik tiket yg paling cepat..
Me: Sempat ker nk kejar flight mlm ni...?
Kawan-kawan: Sempat ulfah..dah-dah siap-siap...Kitaorang tolong kemakan brg ufah..ufah nak bawak apa...?

Ada yang mengemaskan brg aku..ada yang terus on laptop aku carik connection utk tgk flight yang available...Ada yang call kwn-kwn lelaki utk membawa aku ke klia..Ada yang sms kwn-kwn lain..Dalam waktu yang singkat itu..msj masuk bertalu-talu..Bukan sahaja Malaysia tetapi juga dari kawan-kawan di pelosok dunia lain...

Aku dihantar ke bwh, masuk dalam kereta diiringi dengan sokongan, kasih sayang dan erti persahabatan dari kawan-kawan yang berada utk aku pada ketika itu... Tidak tahu bagaimana utk digambarkan perasaan terharu atas kedatangan kalian..Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala kebaikan kalian..

Khairun, Afiqah,Naemah, Wan, Nawwar Aliah, Nabilah,Hasnor Alina, Yah,Has, Hawa, Nisya,
(Terima kasih rakan-rakan sekalian)

To be continued.....


3 comments:

CikNda said...

semoga arwah abah kamu tenang di sana. Al-Fatihah

D said...

Allah knows best. Salam takziah dari kami sekeluarga. Semoga Ulfah, Ummi serta adik-adik tabah dalam keredhaanNya.

Sampaikan salam pada Ummi ya..

Kak Khadijah Tifla,
Coventry.

syurga tinggi _(o'.'o)_ said...

salam takziah buat Ulfah & keluarga.

moga roh abah Ulfah ditempatkan bersama orang2 yang dekat denganNya.