Friday, October 16, 2009

Sesat kerana Carpet...


*me & ucu*

Pagi Sabtu, kami 'adik-beradik' berkumpul di CAC sempena Konvokesyen yang ke-25 brother..

It was great..At least it inspired me to do better..:) Tapi tak lama boleh berkumpul disebabkan Tasik Maryam telah menunggu aku & kerun utk berkayak.. Dari CAC ayu berbaju kurung terus ke Tasik dgn berpakaian sukan ( Maka toilet di Klinik UIA menjadi mangsa) hehe..

Nway..Selepas selesai berkayak...(Alhamdulillah..aku tidak hanyut..hehe..even aku & kerun tidak perform utk buat satu pusingan kt Tasik itu..)

Selepas habis aktiviti berkayak...Aku & Has bergegas pulang utk salin baju utk menuju ker rumah sewa ucu kt kerinchi..Alhamdulillah jalan ok & tak berapa jam..Tapi yang lawaknya agak jenuh nk mencari jalan rumah sewa ucu ni..Kitaorag carik sampai hujung jalan..Tak jumpa-jumpa jugak..Aik..direction dah betul..Napalah tak jumpa lagi..Kitaorg pun patah balik kot kotla terlepas pandang..dan..guess what..?
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUPANYA.........


Tanda jalan masuk itu dicover dengan CARPET...oleh tuan punya rumah berdekatan dengan sign board itu..Sabar jerla..Patutlah tak jumpa-jumpa dari tadi

Dan cerita kelakar tidak berhenti setakat itu sahaja...

Ucu mesej rumah dia no 12 for which sebenarnya 15....dan aku dgn yakinnya telah park kereta di hadapan rumah no 12 siap masuk perkarangan rumah lagi for which kami sangat sangsi kerana rumah itu seperti "close house" dan bukan "open house"..Dan ucu telah muncul di belakang kereta smbil cakap..

"Rumah ucu no 15"

Yerla ucu..nasib baik tak malukan diri sendiri ketuk rumah No 12 itu...

Jadi kesimpulannya...kami sesat kejap kerana carpet..roti jala kt rumah ucu sgt sedap..he(credit kpd housemate ucu yang pandai masak)

Pengajaran:

1) Jgn gunakan hak public utk hak persendirian (Motif signboard? utk memberi petunjuk ke jalan yang benar dan bukan utk sidai carpet dan menyebabkan kami yang tidak biasa ini sesat tanpa sebab yang concrete)

2) Texting via phone: Make sure apa-apa yang dihantar adalah benar dan jelas (itu sbb kdg2 kerana msj leh menyebabkan salah faham)

3) Jgn pakai tudung lilit time convocation or kt tempat ramai org...



No comments: