Tuesday, October 27, 2009

He' sgone (Part 2)

Malam itu...Alhamdulillah dpt tiket 1st flight ke Miri via Air Asia for which counter dah nk tutup lagi 3 minit..Ada flight MAS tapi terlalu lambat..Jam 11.55 bru departure..2.15 baru smpai..terlalu lambat..Risau juga decide utk ambil flight ke Miri..Tetapi Alhamdulillah..Allah permudahkan urusan aku & Pak Andak..Pak Long sudah menunggu di sempadan Miri & Brunei utk membawa kami ke Brunei...Kedaan ini sama seperti masa arwah atuk meninggal dunia dua tahun yang lalu di mana..arwah abah pun merentas laut china selatan utk ke Malaysia..tetapi kali ini aku ke Brunei..


Semakin kami mendekati sempadan Brunei..Hati aku mula diruntun perasaan sedih dan sebak yang amat sangat..Sepanjang perjalanan dari Gombak ke LCCT dan sepanjang dlm flight..Aku tenang sahaja..Mungkin kerana aku akan dpt melihat dgn sendiri..Hakikat insan yang sgt sgt aku sayangi sudah tiada lagi di dunia ini..
Memasuki lama rumah..Deretan kerusi bersusun sudah kelihatan di porch kereta..Pasti utk kenduri tahlil mlm ini..Kereta berhenti dan kelibat nafis sudah kelihatan..
Tiba-tiba bdnku terketar-ketar tak semena-mena..Turun dari kereta..Aku memeluk adikku nafis terlebih dahulu dan bersalaman dgn Mak Long (jiran sebelah)
Di tepi pintu..Muna berdiri dan memberitahu aku "Kakak..Abah dah mati" Dalam hati aku.."Ye syg..abh dah takda..Aku memeluknya erat..Kesian Muna..

Aku memasuki rumah...carpet di ruang tamu telah dibentangkan..Aku bersalaman dgn Cik Nur dan tetamu lain yg hadir...Aku tahu jenazah diletakkan di ruang tamu utama rumah...Aku ke bilik air dahulu..Dan before keluar..Aku menarik nafas dalam-dalam...

Muna memimpin tangan aku...membawa aku ke ruang tamu utama rumah..tmpt jenazah diletakkan utk memberikan penghormatan yg terakhir..Aku melihat sekujur tubuh berselimutkan ayat-ayat suci Al-Quran berwarna hijau..Aku mengambil Yasin dan mula membacakan Yasin..Aku menunggu Pak Andak utk membuka kain yang menutupi arwah..Selepas Pak Andak duduk bersebelahan, kami membuka dgn perlahan...Matanya telah tertutup rapat...Siap dimandikan..Aku tidak sempat dlm proses mandi dan kafan tetapi adik2 aku berpeluang mendapat pahala sebagai anak, tiap2 seorang menjirus air ke atas jenazah..Aku menutup kain itu semula..Menyambung semula bacaan Yasin yang terhenti..

Dalam hati:

Ya Tuhan..Engkau mengambil abah dari kami Ya Allah dengan segala kasih sayang dan kerahmatanMu..Aku redha dgn segala ketentuanMu Ya Allah...Engkau lebih menyayangi Abah..

Kucupan kasih sayang terakhir disertakan dgn bisikan memohon keampunan atas segala salah dan silapku..Aku melalui setiap detik dan melihat jenazah dari keluar pintu rumah..sehingga masuk ke liang lahad..dan tanah ditimbus...Tak dpt ku gbrkan perasaanku saat itu..Hanya aku pgg hati dan perasaan agar tenang sentiasa dan Al-Fatihah dan doa yg tidak putus-putus utk arwah..

Sehingga ke akhir hayatnya..bakti utk Ilmu dan Islam tidak pernah luntur even selepas didiagnos lung cancer final stage..Setiap detik dan langkah abah sebelum akhir hayatnya diisi dengan aktiviti-aktiviti dan perkara yang sgt dicintainya iaitu ilmu pengetahuan Allah yang tidak pernah jemu-jemu dicurahkan utk Ummah..Nyata aku gembira abah dapat melakukan apa yang membawa kegembiraan padanya sebelum beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir..sentiasa positif melalui ujian Allah padanya... Arwah abah pernah memberitahu aku..

"Selagi abah larat dan ada kudrat..abah akan teruskan segala kerja-kerja abah..if abah tak larat..abah ckp abah tak larat ok"

Itulah abah..insan yang tidak pernah kenal erti kalah..insan yang sentiasa mempunyai tahap spiritual dan kekuatan yang tinggi..

Dan petang itu..aku meninggalkan pusara abah..dan mengucapkan selamat tinggal tetapi aku tahu bahawa abah tetap dan sentiasa selamanya ada dekat di hati..Sebagai anak yang paling banyak berkongsi segala-galanya dgn abah..Pelajaran, keluarga dan peribadi..Pasti..aku sgt-sgt akan terasa kehilangannya tetapi aku berbangga dgn semangat dan perjuangan abah yang tidak pernah berhenti sehingga ke akhir hayatnya...

I love u abah..love u so much..ur the greatest dad that a child could ever have..I've always missed u since we are far away from each other..but now u've have gone more far..lagi jauh dari kakak..tapi i know..i know that Allah will take care of you..Allah love u more than we do..

I will continue your dream for us..I'll take care of ummi...InsyaAllah with Allah's guidance and will..Take care abah..i love u..



4 comments:

inahornaw said...

salam...i know how it feels to lose a parent. in fact, i have lost both my parents. first my dad and then my mom...
the sadness and grief won't disappear in a month, sometimes a simple thing can make me think of my parents-like how my mom love pears, but trust me... it will get better. and soon i can remember them with fond memories and to keep them always in my prayers

aufa khalilah said...

to inahornaw...

do i know u..?nevertherless..thank u so much for the words of wisdom..and for sharing ur experience..

:missy najlaa: said...

Salam Ulfah..be strong Ulfah..I deeply know u can go thru all this.u are one of the strongest person and friend i have known so far.

p/s:i wish i can be there wif u.right there with u.

Ulfa Nur said...

Salam dear Ulfah,

Akak masuk Matriks UIA masa arwah Dr ZJ ada di sana. Tak tahu pula arwah ada anak nama Ulfa. Nampaknya kita berkongsi nama yang sama. Mungkin abah kita punya citarasa yang sama...

Apa pun, Ulfah adalah insan terpilih. Allah sayang pada Ulfah dan keluarga sebab itu Dia uji dengan kehilangan ini...

Sabar ya dik, banyak tugas dan amanah peninggalan arwah abah yang harus Ulfah galas kini...jangan takut dan sedih.

Akak doakan rahmat dan kasih sayang Allah akan sentiasa menemani adik Ulfah di mana pun adik berada.

Salam ukhuwwah & perkenalan