Sunday, July 12, 2009

Kucing Sayang Saya...

Jika sesiapa sahaja bertanya..

"Apa benda yang awk takut..?"

Semestinya salah satu jawapan saya ialah.."Takut pada kucing"

Entah sejak bila..Ketakutan pada kucing bermula..Bermula kerana kejadian di mana aku cuba nk berbaik2 dengan seekor kucing masa kecil tapi dibalasnya dengan cakaran..Sejak itu..Bila berhadapan/berjumpa dengan kucing pasti jarak bebrapa meter akan menjadi ukuran..

Kadang-kadang agak rasa takjub and terkesima pada insan-insan yang sgt suka pada kucing..Yang boleh main-mian dengan kucing..Pegang kucing..Peluk & cium kucing..Tido dengan kucing dan seluruh hidupnya dengan kucing..Sebabnya mempunyai kelebihan untuk ada 'bonding' dengan kucing..Perasaan kasih sayang dengan kucing...

Antara rakan-rakan yang sgt syg kucingnya Ialah SITI NADIHIRAH RAMZI..Dia ada kucing nama BOYOT..Memang comel sbb Persian Cat..Mata dia pun cantik..BOYOT sbb dia memang BOYOT hehehe..And lagi sorang TINI..Kucing dia warna putih..tp tak ingat plak nama dia apa..yang pasti..dia ada loceng kt leher dia..hehe

Banyak kejadian antara aku dan kucing.Antaranya:

1)Kucing kt hostel gigit jari kaki tanpa warning..Tiba-tiba jer gigit..

2)Penah kena kejar dengan kucing (Kenapa 'sayang' sgt dgn aku ni..?)

3)Sanggup akan pusing satu floor supaya tak perlu lalu sebelah kucing

4)Kalau buka pintu,tiba-tiba kucing muncul..Pasti kena mintak tolong Khairun suruh dia pergi jauh-jauh..

Tapi sejak akhir2 ni napa entah..Mana-mana kucing yang aku jumpa cuba seolah-olah sgt `sayang' dan sgt`suka' dan sgt'minat' dengan aku..

Semakin kita takut...

Semakin dia datang...

Mungkin kucing-kucing yang aku jumpa cuba untuk'menanamkan' perasan supaya..JGN TAKUT DENGAN SAYA..SAYA BAIK..KUCING SUKA AWK.. heh..? (hahaha..ini kalo kucing itu boleh cakap)

So..xperla..dear kucing..aku akan cuba utk tidak takut..Tapi mungkin akan makan masa..Maafkan aku kucing..Aku tidak benci kt kau..Cuma takut..(Dibuatnya anak nnti aku suka kucing macamana..?)

P/S: Sayangilah haiwan-haiwan sebab mereka layak untuk mendapat perlindungan dan perhatian kita.Haiwan juga makhluk Allah seperti kita.

PEDOMAN:

Telah diriwayatkan dalam Hadith bahawa Abu Hurairah digelar sebagai Bapa Kucing kerana dia sangat penyayang kepada binatang dan mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat. Kucing itu selalu menyertainya seolah-olah bayang bayangnya.

4 comments:

Sajida said...

samala. kucing suka sgt dtg kat org2 yg takut kat dia kan.. termasuk kite.. huk3... nak nanges kalo kucing dtg dekat. :p

aufa khalilah said...

hehe..tau xper..adik kita dah terus nangis da ..:D

EJAD said...

I've read a book when i was in high school. A beautiful english book, 'Overcome Your Fear'. Among things that said by the author is that "to overcome your fear, u must be with things that u fear..". Rasanyer btol lah ape yang author tu cakap...;)

aufa khalilah said...

hahaha...yeke ejad..kalo mcm itu..mari sini kucing2 semua..dtglah padaku..hihik :D