*waiting*
Baru tadi aku selamat mendarat di Lapangan Antarabangsa Brunei...
Rentetan hari-hari lalu yg sgt sibuk..maka demam pun dtg..lengkap satu pakej dgn selsema,batuk and sakit tekak..
Kawan-kawan,atuk,ucu and mak uda semua dalam kebimbingan sbb aku demam..takut2 aku akan sangkut dalam saringan kesihatan(wah best ayat nih)and aku plak yg akan dikuarantin..tapi aku berserah jah...
Dalam plane duduk sorang2 tepi tingkap yes! lagi 2 tempat duduk sebelah itu..takda org..so aku bebas..:D time departure..smpatla menyaksikan kecantikan dan ketakjuban aku pada infrastucture Putrajaya dari langit nan jauh..lebih-lebih lagi struktur jadian Bumi Allah yang sgt sempurna.. Subhanallah...
Adalah jugak beberapa org yg pakai mask itu..tapi aku xpakai padahal ada jer dalam backpack..reason? sbb mask aku ala-ala mcm alien..kalo mask yg mcm dr itu nmpakla elegan skert.:D org guardian ckp bkn guardian jah yg xder stock..kilang pun dah takda supply..
B4 landing..ada satu borang pengakuan kesihatan yg mmg tiap-tiap kali aku akan isi bila balik ke sana..menjadi rutin tiap2 kali balik..soalan2 dia standardla..so..aku pk pk nak jer letak semua tidak..padahal aku batuk,sakit tekak n selsema..pk punya pk..aku tanda ya yg mengatakan aku batuk and sakit tekak..ntah kenapa aku rasa baik sgt nk jwb secara jujur..sbb memang betul pun batuk n sakit tekak..
Ok..Bila dah landing..officer kt airport..check borang yg kitaorg isi itu..so bila nmpak jer aku tanda DUA YA..maka..aku kena wat pemeriksaan..OK fine! xkesah..so wat jerla muka cool menuju ke meja hujung corner..
And guess what..?ada seorang lelaki ini dok menunggu aku sambil pegang device utk wat checking itu..aku dah wat muka..serius aku wat muka..
OFFICER(L):Sy mahu check yer..
ULFAH: You nak check i (smbil menghalakan tangan ke arahnya)
Boleh tak you suro org lain check I (smbil halakan tangan ke arah seorang lady kt tepi itu)
(Aku sambung lagi)Dahla u wat checking ni secara open..tak bertutup..(Ini mmg dalam nada tak puas ati)
OFFICER(P): Maaf yer..
(Aku wat lagak2 cool)Tudung diselakkan sikit n menghala ke belakang..
OFFICER (P):37 darjah..ok ok..
So aku lepaslah kesimpulannya..
Drama seterusnya ialah apabila handluggage aku tiba-tiba LESAP!!!!Lesap time sibuk tgh nk wat check-up itu..
Aku tanya officer2 kat situ..diaorang pun xtau kat mana..so aku mintakla tolong diaorang carikkan manalah pergi beg itu..pastu dia cakap maybe ada org amekkan..masalahnya ialah aku berseorangan..bukan dua atau tiga..yang geramnya dia suro aku carik sndiri..xperla..aku tenangkan diri and ckp aku carik sndiri n kalo xjumpa aku dtg balik..
So aku turunlah ke immigration utk tgk sapelah yang amek beg aku..Tiba-tiba adalah seorang cina ni panggil aku..pada tangannya ada BEG itu! Rasa mcm nak marah tapi xmarahla..maybe sbb dia tersalah amek..so terselamatlah beg n barang-barang di dalamnya...seriuosly..rasa nk gugur dah jantung time tuh..
Kesimpulan aku ialah kenapa mesti lelaki itu yg nk wat check-up..padahal ada jer pmpuan kat situ..n seriously aku td ckp direct jer kt officer itu n mempamerkan muka xpuas hati aku..aku rasa offended sbb dia tak hormati aku sbgai seorang pmpuan..
Tapi thank you kepada seorang officer ni yang dtg carik aku tanya dah jumpa belum beg itu..at least aku rasa sejuk hati sikit bila ada org yg macam itu..
Bila cerita dengan adik aku irfan zaini..habis digelakkan.."lainkali akak tulis jer tak semua,takdalah dia tahan..akak jujur sgt..hehe "
Conclusion: I'M WELL n FINE :)Kerana H1N1 aku kena check and plus beg aku hilang sementara menuggu proses check-up berakhir selama 15 minit...
No comments:
Post a Comment