Saturday, May 8, 2010

Cinta tanpa Syarat..


Bismillahirahmanirrahim

Ummi berkahwin pd umur 23 tahun (aku dah 23 tahun tp tak kawin lagi) dan aku dilahirkan ketika ummi berumur 24 tahun...

First time melahirkan anak di luar negara..Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang..Begitu juga dengan adik-beradik yang lain...

Ummi tak banyak bercakap jika ingin dibandingkan dengan arwah abah..Kurang ekspresinya..Tapi sudah pasti sebagai anak, kita boleh tahu isi hatinya walaupun mungking tanpa kata..


Pemergian abah untuk selamanya sedikit sebanyak mendatang impak pd ummi juga pada kami..Selama ini kebergantugan rezeki kami hanya pada arwah abah..Sekarang peranan itu diambil alih oleh ummi..

Namun,alhamdulillah..kamu dikurniakan dengan seorang ibu yang tabah,yang redha akan ketentuan Tuhannya, ketetapan hidup bahawa kehidupan kami tidak akan lagi sama seperti dulu..tanpa kehadiran abah di sisi..

Ummi terus bangkit,utuh dan tetap dlm meneruskan segalanya walaupun dengan titisan air mata yang mungkin tidak kelihatan di mata kami..But we know she is still sad being abah's loyal companion for 24 years..

Happy Mother's day to Aufa Khalilah's Ummi..Moga Allah memberikan dan mengurniakan setinggi-tinggi ganjaran atas pengorbanan ummi pada kami,kesetiaan dan ketulusan cinta pada arwah abah dan ketabahan hati dan jiwa melalui setiap ujian dan cabaran..

Diri ini memperbaiki diri dari hari ke hari agak dpt menjadi anak yg terbaik untukmu..Bakti dan budi pada ummi jauh lagi dari kesempurnaan tapi masa dan peluang yang ada tidak akan disia-siakan..Abah pergi dlm masa yg belum cukup kami untuk berbakti..Aku berdoa agar Tuhan akan mengurniakan kesempatan untuk kami..Ameen..

*************************************************************************************
Tahun-tahun lalu..hanya kad merentasi laut nan luas itu menjadi pengganti diri..

Jadi kali ini..alang-alang ada kat rumah..so aku telah masak special sikit..nasi beriyani and ayam masak merah..PUJIAN diberi oleh ummi..Wow! hehe..Nak masak ni pun ada dramanya juga..jari-jari i luka-luka kecil kerana handle udang dlm keadaan kurang lembut...weee~first timer..the meal was oklah..

Bab hadiah,kami belikan frame love dgn lukisan i yg sah-sah xlawa tapi comel..gambar cartoon kitaorg 7 orang he..plus card..intend it to be a suprise tapi dialog di bawah has caused the suprise to be impossible..

muna time baby..sudah terserlah segalanya..hehe..

Ummi: Muan gi mana tasi dgn kakak..?

Muna: Muna gi kedai..Kakak suro...

Ummi: Muna beli apa kat kedai..

Muna: Muna beli hadiah utk ummi wat suprise!

aiyark...!! budak kecik ini memanglah..



so akhirnya jadi suprise yang konon2lah...it was simple but a sweet one...:)

p/s: Kasih ibu tiada pernah bersyarat..Sentiasa tulus dan mulus..

luv,

UM