Tuesday, March 2, 2010

Buat yang dicintai selalu...

Selamat Hari Jadi buat Ummi tersayang...Doa kami ber7 agar ummi ditetapkan iman & hati..dalam limpahan rahmat Allah selalu serta dalam perlindungannya...Sihat walafiat dalam kasih sayangNya...Moga ummi dikurniakan syurga atas segala kesabaran & ketabahan yg ummi lalui selama ini...




Lagu Untuk Ibu

Seorang wanita bermahkota ibu
Mengenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidak kan terurai
Kerana tautan ini, Tautan darah dan aqidah
Dan rahmat dari Allah

Kini ibu..Peganglah tanganku ini
Biarku bawa ibu menjelajah hasil titik peluhmu
Biarku bawa ke alamku hasil ukiranmu selama ini

Dodoianmu ibu membina benteng pemisah
Antara yang hak dan batil
Membakar semangat perjuangan
Membina kasih pada junjungan tercinta
Tersujud lemah mengabdi diri kepada Yang Esa

Jika belum pernah kau dengar ucapan terima kasihku
Dengarkanlah doaku ini
Moga Tuhan merahmatimu
Sepertimana kau mengasihiku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya






No comments: