Sunday, January 24, 2010

Milo dan Zip dalam kenangan..


Sebentar tadi baru menghantar N balik ke asrama selepas pulang bermalam dgn alasan ingin menghantar Man pulang ke US..Saat memasuki pagar sekolah..Segenap ruang parkir dipenuhi kereta..Kebanyakan kereta dipenuhi dgn gantungan baju sekolah siap bergosok..Tidak terkecuali utk N..:)

Aku tersenyum sendiri..terkenang masa lalu ketika aku seperti itu..baju sudah siap digosok dan digantung dari rumah..Alasan ummi..Supaya senang nanti kt asrama..Tak yah bgn2 pagi2 berebut iron yg mmg x byk kt asrama itu..Tapi alasan sebenar..itulah cara seorang ibu memudahkan kehidupan anaknya..Tahun2 pertama seperti itu tapi lama2..Aku tidak begitu kisah..

Ketika arwah abah n ummi masih di Malaysia..rutin mingguan ialah membuat satu round lengkap di Selangor ini melawat anak-anak yg berada di asrama..Aku, Man & Cemah..Ada satu tahun itu masing2 berada dalam bacaan peta yg berlainan..Aku di Klang (Utara), Man di Kajang (Selatan) & Cemah di Gombak(hampir ke timur)..Tapi apabila rindu & kasih sayang ibu bapa melebihi segala galanya..itu menjadi rutin biasa saban minggu..Dan kedatangan itu pasti bersama dgn bekalan masakan umi yang sedap2 n enak2 yang kami rindui saban minggu..

Dan utk aku..Ummi xkan pernah miss utk membekalkan air milo kotak & coklet wafer zip yang mmg menjadi stock makanan utama aku if tak sempat nk makan kt dewan makan..Itu sbbnya smpai sekarang milo n aku tidak boleh dipisahkan..Kdg2 tuh seminggu smpai dua katon..Dahsyat x dahsyat obses aku pd milo..hu..

Bekalan milo and zip semasa di asrama..meninggalkan kenangan yang sgt mendalam...Namun apa yg menjadi ingatan ialah kasih yg tiada perinya dari arwah abah n ummi dahulu yang sentiasa bersama kami sepanjang proses pembelajaran kami..sgt committed dgn anak2..memberikan segala macam cara utk kami berjaya (buku,buku motivasi,bengkel sana sini),panjat kementerian utk pastikan kami dpt sekolah yg terbaik..sentiasa datang utk tandatangan report kad kami..datang mesyuarat PIBG..pastikan kami mendapat didikan agama..memberi kebebasan pd kami memilih bidang kerjaya..dan yg paling penting sentiasa MENDOAKAN kejayaan kamu dunia dan akhirat (adui..hati sudah mula sebak)

Semasa menunggu N menghantar beg dan bajunya ke bilik..Aku melihat seorang pelajar perempuan mengantar ibu & bapanya ke kereta..Kemudian bersalaman dengan ayahnya, berpelukan dan mencium kedua-dua belah pipi ayahnya..

Aku termenung sekejap..Flash back keadaan yang sama seperti itu ketika aku di asrama beberapa tahun dahulu..Betapa aku rindu saat itu..Saat aku boleh bersalaman, peluk dan cium arwah abah..Tapi sumer itu hanya tinggal kenangan...

Keluar meninggalkan kawasan sekolah...fikiran aku melayang ke episod dahulu kala masa aku di asrama...Sepanjang perjalanan ke Gombak aku hanyut dalam rindu yang tiada berkesudahan...(tapi masih fokus dlm pemanduan)
Berseorangan dalam air-cond kereta yang nyaman..

Moga ini menjadi iktibar utk aku agar benda yang sama yang dipraktikkan oleh arwah abah and ummi dapat diaplikasikan utk anak-anak aku nanti...

Sungguh aku rindu...







Permudahkan utkku Ya Allah..Segala Kuasa dan Ketentuan Hanyalah PadaMu...

4 comments:

Nazihah bt. Idris a.k.a Marfu'atul Imtiyaz said...

salam ziarah ya ukht, kak ni silent reader blog kamu, tapi terasa nak menulis di sini. be tough ok. Mujahidah Islam kena kuat. keep moving young Muslim. Dunia ni ibarat exam hall.penuh mehnah. apa2 pun, moga mendapat hasanah dunia dan akhirat. akhirat tu destinasi abadi.kak bangga dengan ketabahan kamu.May Allah bless you.

aufa khalilah said...
This comment has been removed by the author.
aufa khalilah said...

salam..

Terima Kasih akak (xsangka ada silent reader)

Moga Allah merahmati akak jua :)

neena_kechik said...

hai ulfah,still remember me? ngah cari benda len tapi jump blog ulfah. unexpected!!! hehehe just know that your father passed away.I`m sorry for that.Tabahkan hati eh =( i know u must be a strong girl!! good luck in your study!!!