Sunday, May 31, 2009

Dia pulang......

Yesterday my brother arrived in KLIA from US without being quarantined..ALHAMDULILLAH..

We met at The Store,Sg Buloh..In front of the post office because he wanted to renew his licence..Maser mula-mula tgk tuh..serius inikah adik aku...?hehehe..

Actually patutnya terus balik kg sbb mlm tuh ader kenduri..tp man ckp (pngilan dlm family) dia nak ziarah family kawan dia budak US meninggal sbb lemas mandi sungai..

Jenazah arwah `bersama' dgn Man dlm satu flight yg sama...sepatutnya arwah pulang ke tanah air dgn flight yg sama..TAPI Allah lebih menyayanginya...DIA PULANG..Tetapi pulang tidak bernyawa..Pulang ke Malaysia utk selama-lamanya...

Takziah utk seisi keluarga dan Al-Fatihah buat ARWAH NUBLAN ZAKI NORHADI...

Thursday, May 28, 2009

i'm on leave and the minor accident...

Today i'm on leave..the purpose being..ada byk urusan yg perlu disettlekan dalam satu hari ini..

Pagi-pagi lagi sudah menuju ke immigration utk renew pasport..sbb dah nk tamat tempoh..silap-silap haribulan..tak pulanglah ke seberang sana..

It didn't took long..da siap xsmpai satu jam..da setel menuju ke kereta

Undur kereta smbil cakap telefon..MAKA..DOOOMMM!!!

Toleh ke belakang...TERLANGGAR KERETA WAJA DI BELAKANG...

Time itu..xusahla nk ckp..dah menggigil satu badan..sbb takut punya psl..bab langar-langgar ini..aku dlm category xderla teruk sgt..rasanya ni kali kedualah aku langgar kete org..1st time langgar teksi tapi xder paper...

so dgn yakinnya walaupun sgtlah cuak kuar kereta n berjumpa dengan empunya kereta..

dlm CRMINAL LAW 1 utk tajuk defences..ada satu defence nama dia ACCIDENT..kalo nk ikutkan definisi berdasarkan PENAL CODE...sah-sah my situation will not be within the definition..one of the elements is in the presence with due care and caution...

Dalam situasi aku..sah-sah mmg without due care and caution..so applying to the present case..ACCIDENT itu tidak terbukti..tetapi lebih kepada TIDAK FOCUS N NEGLIGENCE..ye ker..?

Muka masa itu ala-ala msm nk burst jugaklah..tp wat-wat cool jerla..sah salah sendiri..so tanggunglah n just face it and get through it...

Mula-mula akak itu mcm ala-ala suam-suam kuku..tetapi pndai agaknya aku berbicara dan nego...aku cakap..kita setel kat sini jerla akak..sy bayar ok..?

Akak itu cakap...mahal dik...nk ketuk ni mahal kira-kira RM*** akak tak tipu yer adik..ni mmg betul...

Rupa-rupanya kakak itu pn penah ader pengalaman langgar kereta org..kemek kt kereta buruk pn dia kene bayar..hehe..so barangkali dia memahami perasaan aku..n maybe dia expect aku xder duit time itu...tp aku tergerak nk withdraw lebey skert duit..so mmg cukup-cukup saja..

Sebelum beredar..kakak tu ckp..yg dia tak tipu psl harga itu..n masing-masing halalkan masing-masing..setel kt situ jah..ALHAMDULILLAH..

After that ummi call n beradvice panjang...huhuhu..mmg salah aku pun..so xperla..biarlah menjadi pengajaran dlm hidup..berhati-hati lainkali n jgn sesekali wat apa-apa time driving..

Bab kereta ini mmg byk pengalaman lawak..yg paling best..STOP tgh-tgh jalan sbb minyak habis..kat maner tau..? jalan klang-teluk intan...nasib pndai-pndai bajet ke ke tepi jalan..

Selepas itu..watlah road tax kete plak...ni pun terkial-kial sbb first time..mmglah si cina agent itu gelak-gelak dgn pertanyaan aku..n mmg aku DECLARE..THIS IS MY FIRST TIME...SO JGN KELENTONG SY...U TIPU SAYA..SAYA CARIK U..hehe..dia gelak-gelak jah...hehehe...

Leave hari ini mcm agak sedey..melayanglah duit utk benda that i intended to buy..xperla..xder rezki n benda nk jadik kan...so terima jerla kenyataan..

*SEKIAN*

p/s:BERHATI-HATI DI JALAN RAYA.INGATLAH ORG-ORG TERSAYANG :)

Happy Birthday my dear :)




Happy Birthday Nur Khairunnisa binti Zainal Abidin :)

Happy Birthday Afiqah Nur binti Yahya :)

Moga Allah sentiasa memberkatimu dan melindungimu,panjang umur & murah rezki,diteguhkan iman, berjaya di dunia dan akhirat...

Terima Kasih kerana sentiasa berada di sisiku...Memastikan aku sentiasa di jalan-NYA..

Love n from far,

Me ^_^

p/s: gbr peqa xder...love u both :)

Sunday, May 24, 2009

Syurga Cinta

Kawan aku ckp....

`aperla ko ufah..tgk cita melayu'

hahaha..xperla cik adik...ada sebab kenapa aku nk tgk movie itu..

my first impression was that it's the kind of the typical type..tp for me..that movie sarat jugaklah dgn mesej bergantung pd persepsi masing-masing...

tp yg pasti air mata aku menitis dan mengalir..menjadikan aku lebih percaya pada satu statement biasa yg aku dengar...(staement itu dirahsiakan di sini)

semua dilihat pada HATI pd IMAN...KEIKHLASAN dan KETENTUAN TUHAN...

disisi aku yg penuh dengan jalan utk memperoleh ilmu dn pengetahuan..tapi adakah aku menggunakan sepenuhnya utk menambahkan keimanan dn ketaqwaan aku..menjadi insan yg lebih baik..

jika dibandingkan dgn mereka yg tiada jalan,tiada source tp inginkan petunjuk dan guidance itu...

Syurga Cinta itu ketentuan ALLAH..

*Walau hati ini trus menangis
Menahan kesakitan ini
Tapi kulakukan semua demi cinta

Akhirnya juga harus kurelakan
Kehilangan cinta sejatiku
Segalanya tlah kuberikan
Juga semua kekuranganku

Jika memang ini yang terbaik
Untuk diriku dan dirinya
Kan kutrima semua demi cinta*

P/S: suprised that khairun wanted to watch this movie..hehe..but the moment was a sweet one with u khairun..hehe..

motif entry ini..? pemahaman bagi yang memahami..sekian..xnak baca sudah..aku xpaksa saper2 utk bacer(ini aderla exemption clause)

Friday, May 22, 2009

Catatan seminggu yang lalu..

1)Kerajaan menasihatkan pelajar-pelajar di US menangguhkan kepulangan akibat H1N1..memikirkan keselamatan adik yang sorang itu..hanya mengharapkan perlindungan Allah dan doa berterusan..dear ummi..don't be worried..

2)Sakit perut yg sgt teruk akibat food poisoning...serius..hampir2 pengsan...nasib kejap jah..

3)Menerima email yang hampir wat aku menitiskan air mata..tp air mata dah tidak mampu utk keluar lagi..

4)minggu ni practical meriah sikit sbb ader sya n kajol..welcome to the dept..

5)semakin hari perasaan utk pulang semakin membuak2..

6)meeting 2 malam berturut-turut

7)hampir pressure sbb prgm

8)jumpa atuk n uncle2 n auntie2 malam td...wah perasaan yg sgt best...

9)feeling so lonely...missing u khairun..:(

10( perasaan benci n xsuka makin menebal...

*sekian*

Sunday, May 17, 2009

Wedding & pertemuan yg membahagiakan:)

Today ada wedding yang perlu aku pergi...wedding kak akmar (my childhood friend time kt Edinburgh,Scotland) & husband, Ahmad Firdaus bin Haris..kak akmar's father is my father's close friend...so sebagai anak..i felt obliged to go sebagai mewakili my parents(in so many instances i do have to represent my parents)..so off i went to their house in Kampung Sungai Ramal Dalam,Kajang..Sepertimana yang kita belajar adab kepada ibu bapa iaitu menjaga hubungan baik dengan kawan-kawan ibu bapa..maka inilah yang aku cuba utk lakukan..:)

Sebenarnya to tell the truth..rasa nervous plak..macam aku plak nk kahwin..haha..tp memikirkan aku pegi sorang-sorang n of course no doubt sgt sedey gi wedding sorang2 okeyh...nak carik org temankan..semua ada hal masing-masing so terpaksalah pergi ngn yakinnya berseorangan...

A day before that..i bought the pinky rice cooker for the couple during the outing with my siblings angkat..hehe..brother,sister and kerun..i really enjoyed it because dah lama tak jumpa diaorang especially brother..the movie, secret recepi, and waffle world was fantastic..nasib masing2 ada hal malam tuh kalo tak..sure malam baru balik..hehe:) agak jenuhlah nak pilih barangan elektrik..bukannya ada pengalaman pun..so pandai2lah based on my own discretion..hehe :D

The wedding was great and sgt meriah..then i remembered kak akmar was the only daughter..abg kamil jer yg ada..arif kt OZ & ashraf kt NZ..so sgtlah n extremely meriah..n i do like to go to weddings...its just a nice feeling to be in a wedding okeyh..everything was purple..even the air was purple..hihik..at first i do felt a kind of lost..the reason being most of them are adults(my father's friend) so agak blurr camnelah aku nak meletakkan diri aku nih..tapi bila dah mention abah's name then they knew who i was...most of them ask about abah's condition..i answered..ALHAMDULILLAH..he's doing just fine:)

Tapi yang pasti..aku berjaya jumpa cikgu-cikgu Maahad kat wedding td memandangkan auntie thuraiya mengajar kat maahad...tp kebanyakannya adalah cikgu-cikgu yang tidak penah ajar sy..but sy tegur..sempat salam...n ucapkan selamat hari guru :)it was just a nice feeling..:)

Jumpa auntie ruby and auntie faizah..and diaorg pun mula mengusik..pasni ulfah plak..jgn lupa jemput..aku dgn selambanya gelak n cakap..lama lagi..calon pun xder lagi..hehehe :)walaupun jauh di sudut hati...sedih sebenarnya gi wedding org nih kalo nk igtkan kisah lalu..tapi xper..bila gi wedding org dan doakan dia...insyaAllah..dapatlah berkat kat situ :)

Selepas bersalaman dengan pengantin...(sori kak akmar..xsempat kita nk borak2..dah lama kan kita tak jumpa..) i headed to the car..dlm perjalanan..guess who i met??? CIKGU SALWA!(cikgu salwa ni my guru tingkatan masa form 3..kitaorg rapat sgt2) mula-mula cikgu xperasan..maybe because muka yg comel kan..hehe..aku terus dipeluk dan dicium..rindunya kat cikgu..dah lama kita tak jumpa kan...tak dpt nk bayangkan macamana perasaan aku tadi..serius..rasa bahagia dan gembira sgt2 dpt jumpa ngn cikgu kesayangan yg sorang nih..lagi-lagi dlm mood hari guru yang masih ada..sempat aku ucapkan selamat hari guru..:)

Seraya itu..i really missed my friends in 3 HAMZAH..class paling best time kt maahad hamidiah dulu..seriusly..lagi2 kedudukan rumah pengantin yang hanya adjacent ngn maahad yang hanya highway yang memisahkan...manerlah korang pergi ek..yg dpt didetect macam..naili,mizah,wani,wani mail,dina,maryam,nadiah sahar,maryam,lina,ipa,fiqah,fizah..ader lagi yang tertinggal ker..? bdk laki..fahmi,mirul,wan ahmad faris,iwan,alias,hazeeq,nabil,izzaldeen,zakwan,rahman,hafiz hafifi..n org lain yang aku tak ingat.. where ever you are hope that u guys are doing just fine..:)

Conclusion..Hari ini hari yang sgt gembira..Gembira sbb dpt menambahkan kegembiraan org lain..merapatkan hubungan silaturrahim..Gembira dpt berjumpa dengan cikgu salwa..:) memang rezki aku dpt jumpa dengan cikgu selepas beberapa tahun tidak berjumpa..SELAMAT HARI GURU :)

Next wedding 06/06/09 :)

Friday, May 15, 2009

Dirimu istimewa :)

"The believers are nothing else than brothers (in Islamic religion)" (Verse 10)

"Oh mankind! We have created you from a male and a female, and made into into nations and tribes, that you may know one another"(Verse 13)

Sesungguhnya Allah jadikan manusia ini berbeza-beza..Tiada yang sama..Pasti ada keunikan dan keistimewaan sendiri..Istilah yg i like to use..distinctive in nature :)

Hakikatnya hidup ini diwarnai dan dipenuhi dengan kepelbagaian manusia...Kalau ada yang sama sekali pun..satu dalam seribu..paling-paling banyak pun 7...Kepelbagaian and variasi itu melingkupi semua aspect in terms of behaviour, attitude, the way of thoughts, etc...

Melangkah ke dunia `pekerjaan' nyata dan terbukti..kepelbagaian ragam dan kerenah itu pasti..Demi melangsaikan dan menyiapkan segala urusan..kerjasama dan interaksi itu adalah perkara wajib..Jadi kita tidak terlepas dan terbebas utk tidak cuba memahami org lain..

Allah sudah menyatakan dalam firmannya..Manusia itu dijadikan dari lelaki dan perempuan dan juga kepada kumpulan dan firqah yg berbeza..Maka mmg manusia itu dijadikan berbeza..Allah Maha Bijaksana atas aturan ini kerana perbezaan ini akan melengkapi hidup sesama insan..

Selalu org cakap..

`Berubahlah....Berubahlah....Bukan semua org suka cara ko'

`dah aku macam nih..nak wat cana..terima jerla'

Aku berbincang dgn seorang staffmate yg sgt berpengalaman dalam dunia pekerjaan dan mengamati kelakuan dan perangai seorang manusia..

"Dia cakap..kalaulah org itu perangai dia lain macam sikit..Akak mesti akan faham style dia..cara dia supaya akak leh tau camne akak nk tackle perangai dier..Macam pepatah org Melayu.."

*If you can't be them,join them*

Tapi memang betul...Kalau kita nak bagi alasan..kita tak leh nak go ngn org tuh hanya sbb perangai seseorang itu yg lain..susahlah..abis tuh..what do you expect? you want everbody to change he/her attitude according to ur own way? Setiap kali jumpa org jer...IKUT CARA AKU!

The answer is..truely impossible..Kalau nk harap semua org mcm yg setiap individu harapkan..jenuhlah..I think its time for us to understand others better..try analyse and find a way to be with them..to be close to them..to work efficiently with them...to communicate effectively and any other situation that is relevant...

Tidak ada ruginya jika kita sentiasa cuba utk memahami org lain..sbb org lain akan fahami kita jika kita cuba utk memahami org lain itu..Tidak ada ruginya jika kita baik dgn org lain..dan tidak ada ruginya jika kita boleh melunturkan ego kita sedikit..Tidak ada manusia yang sempurna..Sebab itu kita dijadikan berbeza utk melengkapi satu sama lain :)

Kesimpulannya..in the absence of Interkasi sesama manusia itu adalah impossible 100% melainkan kalau duduk dalam hutan sorang-sorang :) Belajarlah memahami dan menghargai org lain...Anda tidak akan rugi apa-apa :)




Tuesday, May 12, 2009

Si bijak Muna :)


Called home last Sunday

Muna: Hello..Saper tu'? (dgn dialek brunei die..hehe)

Me:Kakaklah ni Muna

Muna:Owk kakak..Kakak..mana Barbie..

Me: Nanti yer Muna..nnti akak belik ok...(padahal irfan yg akan belikan)

Pass to ummi

Me:Alamak ummi..dia ingatlah psl Barbie tuh..

Ummi: Tulah..dier ingat ek(Ummi gelak)

Me:Bijak tul budak tuh..hehe..

*Do miss u so much* Nanti kita jalan-jalan ok? pastu makan cendawan goreng okeyh?Pastu beli ice-cream:)

Saturday, May 9, 2009

Again...

Again..it happened...

*Tears*

Apabila geng bersama yg sudah berkahwin...

Sejak 3 minggu yang lalu...aku geng ngn kakak2 kat ofis yg sudah berkahwin..Akibatnya..tajuk dan fokus perbincangan adalah lebih byk kepada hal rumahtangga...hahaha...husband...pregnancy...camne leh jumpa husband...resepi...gi class memasak...jahit manik...dan mentua...aku hanya mendengar dan gelak jerla..sbb nk join perbincangan pn xtau nk ckp apa so gelak jerla..hehe...:D Tapi adalah sedikit sebanyak yg dipelajari...;)

Last Friday, ader demo memasak pemakanan sihat kt kitchen Maybank tingkat 49..hehe..dah kak zue and kak noor nk pegi situ..so ikut jerla...so di samping belajar legal issues, law and communications skills..cooking skills pn dptla sekali...full pakej..haha..mmg lawak..duduk dpn sekali pulak tuh...

Bagusla jugak aku dpt pegi sbb dptla belajar resepi baru (walau pd hakikatnya aku hanya akn msk bila balik brunei...hehe) lg bagus because it was healthy food demo...maka..Ingin sy share resepi yang sy belajar..simple jah..senang disediakan :)

Healthy Juice

Ingredients:

1)Two red apples (don't peel the skin because that is the part where the vitamins lays)
2)Half of a carrot
3)Some ginger
4) Blend all

*It is so refreshening and good for health.Recommended to be taken everyday.But no doubt that it is quite costly*

Detoxification Juice

Ingredients:

1)Two green apples
2)Beetroot (in Malay it is called sengkuang merah-its like sengkuang but just the colour is red)
3)Wheat grass(organic food)
4)Blend all

*Warning: Rasanya sangatla seperti rumput..bau pn dah cam rumput..kak zue xleh abis minum maka akulah yg menghabiskan...hahaha*

Resipi lain:
1)Capati sihat (menggunakan tepung apa ntah nama dia tp tepung capatilah..yang sehatnya guna minyak bunga mathari)
2) Masala daging ( but menggunakan vegetarian mutton)
3)Smbal udang sihat( menggunakan vegetarian udang-dibuat dr tofu)

Sekian :)


Friday, May 8, 2009

Kasih yang satu...---<@

Every second week of May every year..Mother's Day is celebrated worldwide..Well actually everyday is mother's day..we don't have to wait for that particular day to appreciate and acknowledge our mother..kan? but well..its ok once a while to have a special day for our mother kan..?:)

My plan for Mother's Day? None...Calling ummi n text her a msj maybe...xsempat nk htr card...but ya..the thought that counts kan..:)

Recently...i started to have e `keserasian' with ummi...actually...i always have this contradiction of opinion for the easy reason that we are alike...haha..i'm more closer to abah actually..but as i grew older...i think we can just talk and share things together...

Before this, i just take everything for granted..lagi2 masa still sekolah dulu-dulu..kkdang kita xcukup matang utk berfikir kan..

She was always there bringing me food during weekends
She was always there bringing me my dozen of milo and zip choclate cadbury
She was always there every year without fail..bringing me my birthday cake
She was always there whenever i called her and answered i'll come
She was always the one that support me all the way in my life

As the time comes when my family migrated across the south china sea...i do miss her presence..missing the moment being home..missing the moments of eating her dishes..missing the moments she always advice(which i ignore sometime) missing her visits...missing her calls...i do miss the moments..

But she's so special...not only because she is my mother,my ummi..but the fact she is just a tremendous and fantastic wife and mother...her tears never ever be seen...being so strong in front of use..never show her sadness even i know what she feels in her heart..and i know the reasons why abah loves her so much and we love her too...

Arwah atuk was always her priority which that became an example for me...

Abah always tell me to be like my mother as she is very good example...supportive..loving..caring(even sometimes she is being too meticulous, but i know the reason why), always prioritise us(abah and 7 of us) in every single thing, being a super duper strong women...

Happy Mother's Day dearie ummi Ni'mah Ismail....Tiada apa yang mampu dibalas dan diberikan utk membayar balik segala kasih sayang dan pengorbanan..Hanya doa berterusan,kejayaan,kegembiraan yang mampu diberikan...

I love u...n i miss u too...

all the love,

Kakak




Thursday, May 7, 2009

Catatan ini....

1) Sudah dua hari aku berseorangan di ofis sbb muiz takder...Encik hamid `menyalahkan' ak sbb byk sgt bebel kt muiz smpai dia xnak kerja..ingin aku jelaskan di sini kerana aku tak bersalah..just being open and out-spoken..hehe..:D

2)Pagi ini kerja agak banyak..menjelang petang dah tak tau nk watper..maka aku pun merajinkan diri utk melihat dan menyusun file2 case kt dlm cabinet tuh...

3)Td sementara tunggu bas...aku berjumpa dengan seorang kakak...sangkaanku budak uia...tp rupa-rupanya dah kawin and ader anak satu...hehe...ex-uia...n skrg tgh wat KPLI..sempat bercerita dgn ak cerita dia kawin awal...aku pn mendengar..(seolah-olah cam nk galakkan aku kawin jah..hehe) satu point penting dr insan ini: status tidak menghalang seseorang itu utk berjaya..rezki itu ada di mana-mana dan kalo ader rezki insyaAllah akan ada.

4)semalam ucu call cerita yg ucu chat ngn irfan(adik kesayangan di US) ucu gelak2 smbil ckp..

ucu: kakak,man dah lainlah...dia dah maturedla sekarang...dia tanya kakak macam mana skrg..

kakak: yeker..? hehe..bagusla camtuh...

footnote: its time that u've grown to be mature my dear..can't wait to see you end of this month..^-^

5) Td call ummi...n ckp ngn abah..rindunya...sgt..huhu...

6)missing khairun too..missing all the fun n laughter n majuk n all...

7) bus rapid KL sekali tuh..xberhenti sbb ingat kitaorg xnak naik bus tuh..aku pun berlari2 mendapatkan bus ituh..smpai ke tengah jalan...kisah apa..dah driver tuh x bukak pintu cane nk msuk...haih...sabar jerla..

8)aku berjumpa dgn seseorang dlm LRT...tgh khusyuk berzikir..aku? asek pk nk balik cepat..hurm...aku beristighfar semula..alangkah baik jika aku sepertinya..

9)Tiap-tiap pagi aku melihat seorang ibu ini bersama dengan anaknya yg cacat..berjalan dkt dengan stesen masjid jamek tuh dengan menolak kerusi rodanya..tiap-tiap hari menaiki Putra dengan menolak kerusi roda itu..alangkah sebaknya aku tengok...tnda kasih dan kegigihan ibu..

10) tadi melihat si pak cik tua..mengutip botol plastic dan tin-tin kosong..demi sesuap rezki..Moga Allah memberkatimu dan membantumu...

Tiap-tiap hari yang aku lalui mengajar aku banyak perkara...Everyday is a learning process...

Monday, May 4, 2009

Law Review

Hari ini kerajaan mengumumkan that some of the laws will be reviewed...The laws includes:

a) Civil Law Act
b) Penal Code
c)Criminal Procedure Code
d)Internal Security Act
e)States Law being in conflict with the FC

The Law Review Committee is to be form by the Legal Bureau of the Government with the help of the Malaysian Bar Council, the Attorney-General,Legal Aid Bureau,SUHAKAM,Malaysian Anti-Corruption Body..

Hopes: Something better perhaps..Pray...

____________________________________________________________________

*Tidak siap lagi...tahniah..teruskan usaha...*
*Moga dipermudahkan*

Sunday, May 3, 2009

Setahun sudah berlalu...

Tarikh 8 March 2008..tidak pernah akan ku lupakan smpai bila-bila..

Selepas tarikh itu..nyata perasaanku sentiasa tidak keruan..hari-hari ku dihambat resah,gundah,sedih dan kerisauan yg mencapai tahap maksima..Jika tidak dptku mendengar suara insan itu walau sehari..hatiku sudah risau..jantungku mula berdegup kencang..

NAMUN..semua itu menjadi rententan hidup aku yg sgt memberi kesan dalam hidupku..Jangkaannya hanya setahun mula-mula..aku sudah fikir macam-macam..sudah bersedia menerima ketentuan takdir..berfikir langkah seterusnya..mengenang nasib kami sekeluarga..

Beberapa kali aku sentiasa berharap apa yang ku lalui hanya mimpi belaka..tetapi selepas beberapa kali mataku celikkan..pipi ku tampar..nyata semua ini adalah realiti..

Hari-hari yg susah itu ku lalui dengan sokongan keluarga,rakan-rakan insan itu dan teman-teman rapat yg sentiasa berada di sisi..

Dan detik ini...sudah setahun berlalu..dan alhamdulillah Allah mendengar doa-doa kami..insan itu sudah semakin sehat..semakin kuat dan yakin melangkah..tidak penat ke sana ke mari demi melunaskan segala tanggungjawab dan pernanan pada masyarakat dan Islam..

Walaupun selepas apa yg ku sudah lalui..kesedihan yg terpaksa aku alami..tetapi aku rasa..`kegembiraan' ini lebih yg aku harapkan..walaupun mungkin aku sudah hilang `kegembiraan' itu tetapi Allah memberikan dan mengurniakan aku dengan kegembiraan yang lebih besar..

Apa lagi yg ku mahukan...Nikmat dan kurnia yg dikurniakan Allah sudah terlalu banyak dan nyata aku bersyukur dengan semuanya..dikurniakan keluarga yg sgt-sgt mengerti dan memahami dan menyayangi aku dan rakan-rakan yg sentiasa berada di sisi aku semasa aku memerlukan..

Aku gembira melihat dia gembira...Turun naik KL..ke sana ke mari..kkdang risau memikirkan soal kesihatannya tapi takpe..hatiku berdetik..Aku tidak kisah asal dia rasa bahagia dan melakukan apa yg dia suka sementara Allah memberikan peluang kepadanya..

Tuhan...Berikanlah kekuatan kepadanya..Lindungilah dia..Peliharalah dia..Berkati dan limpahkanlah kasih sayangMu kepadanya..agar dia sentiasa bahagia dan sihat sentiasa..

Tiada apa lagi yg ku mahu melainkan yg satu ini...Love u n i really do...