Monday, August 10, 2009

Walaupun tidak sempurna tetapi aku tetap gembira..

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam...Terima kasih Tuhan atas rahmat dan kasih sayangMu yang tiada taranya..Masih lagi memberi peluang utk aku terus berjuang dalam kehidupan ini hanya untuk keredhaanMu Tuhan....

Tanggungjawab sudah selesai..LT & CC memang merupakan satu cabaran buat aku..Even dari luaran nampak seperti lancar dan sebagainya tetapi pada awalnya banyak juga perkara yang terpaksa aku korbankan..Dari talk yang hanya akan berlangsung selama 2 jam kepada theatre yang sgt complicated..perubahan dan pertukaran 360 darjah...

Dan pertukaran itu..adalah lebey kurang 2 bulan sebelum tarikh yang sebenarnya..Sebenarnya persediaan boleh dilakukan lebih awal tetapi dek commitment dengan attachment banyak perkara perlu ditangguhkan dahulu...Lebih-lebih lagi dengan committee yang hampir kesemuanya berada di kampung halaman masing-masing...

Kami hanya berhubung melalui telefon dan juga YM...tetapi communication ini amat limitedla..Sekadar apa yang boleh dibincangkan...Tetapi at least progress itu tetap berlaku..

TAPI yang pasti..cabaran banyak dari segi emosi dan kekuatan dalaman aku utk meneruskan segalanya lebih2 lagi keadaan abah pada waktu itu yang sangat2 membimbangkan...Pada mulanya aku tidak mahu pulang kerana memikirkan commitment tetapi hati aku terdetik utk pulang ke Brunei dan yang pasti instinct aku dan permintaan ummi utk pulang tidak salah kerana abah kembali lemah pada ketika itu..

Maaf kepada EM Central kerana tidak dapat menunaikan permintaan utk pulang ke Msia lebih awal...Aku perlu pulang..Pulang sbb aku tahu abah memerlukan kekuatan dan kehadiran aku sebagai anak sulung yang sgt disayanginya..Dan aku tahu abah akan menunjukkan kekuatan luar biasanya dengan kehadiran aku..

Masa yang sungguh singkat itu iaitu tidak sampai dua minggu aku habiskan masa bersama keluarga...Dan sedih sebenarnya utk pulang lebih awal tetapi aku tahu ada misi yang masih belum selesai lagi...Tak tahu macam mana nk gambarkan perasaan waktu itu...Aku terpaksa berkorban..

Dan even masa mereka pulang ke Malaysia..aku hanya bersama mereka utk weekend dan juga waktu bwk si tiga yang kecil itu pergi tgk ice-age kt alamanda while abah n ummi shopping..Dan waktu itu betapa serba salahnya aku tapi aku tahu ummi dan abah juga faham...

Dan sepanjang sebulan sebelum tarikh itu,aku diuji lagi dan kali ini kemalangan yang hampir meragut nyawa aku dan adik aku jika aku tidak pndai mengawal keadaan...

Terima Kasih utk Mujahid yang sanggup terima tugas sebagai director dan mengorban masa dan tenaganya juga utk menjayakan teater ini...Beb yang all out juga utk menulis script..actors,adik-adik akak yang sgt commited dan semua warga production house..

Terima Kasih juga utk semua committee..Maaf banyak2 andai sepanjang aku memegang post sebagai Manager LT & CC ini...Terdapat salah kata dan silap bicara..Thanks for the full commitment and coorperation..

Walapun program pada malam itu tidak sempurna seperti mana yang dijangkakan dan memenuhi expectation sesetangah pihak tetapi aku tetap gembira mengenangkan apa yang terpaksa aku lalui...

"kadang-kadang tidak semua yg kita hrpkan akan tercapai tetapi setidaknya sebahagian itu tercapai..dan aku patut bersyukur"










2 comments:

itukami said...

masalah membuat kita semakin matang. take it positively (sedap je aku cakap kat orang, kena atas batang idung sendiri teriak jugak aku..hehe)

ubat kurus said...

Put it in +ve way.. it was a nice programme and u already give the best that u can. So, just ignore what people say.