Friday, March 4, 2011

Perang Dalaman

Assalamualaikum...

Saya sudah lama tidak menulis..
Sebab?Sukar utk saya jelaskan...
Sudah hampir pukul 12pm..Owh sy masih tidak ngantuk lagi..buktinya..saya menulis entry pada saat ini...
Apa khabar dengan diri saya..? Saya ok..sihat alhamdulillah..ada satu ketika tu..sakit kepala menyerang sampai saya tak boleh nk buat apa-apa...ada sekali itu apabila saya sudah malas tahap nyata..maka natijahnya ialah..saya tak buat apa2 melainkan tido (cuaca sungguh panas sejak2 akhir ini menyebabkan petang adalah masa yang sesuai utk dduk diam2 dlm bilik selepas kelas yg straight 5 jam utk isnin smpai rabu (pengsan))
Ok..sekarang sy dlm mode menyesal..Apa sebabnya.?saya byk menangguhkan kerja saya yg berlambak2 ini...Hebat x..? Itu satu hal..Lagi satu hal..saya rasa sangat bersalah pada "bos" sy yg sgt mempercayai sy tp akhirnya i think i let her down kot...tp saya sangat sedar akan kesilapan saya...saya rasa,saya tak fokus..saya ada banyak benda bermain2 dalam otak fikiran saya...Saya harus belajar utk ada boundaries utk perkara2 dan chapter2 yg byk itu..
Tapi saya akan cover semua itu and minta maaf...saya sedar silap saya so saya rasa saya kene face atas kekhilafan saya...better late than never...Jgn lari..FACE IT!
dan sekarang saya ada banyak perang dalaman...saya atau dia atau saya atau dia...hmmm...tapi akhirnya saya pilih SAYA! byk sebabnya..he..tapi xperla..saya mendahulukan mana yg penting dahulu...Moga Allah merahmati dan memberkati keputusan saya ini...
ok...kene tido rasanya ini..esk nk bgn awl buat keje...
BERUSAHA!~
with luv utk org sekeliling saya,
UM

Thursday, January 20, 2011

Dua sahabat..

Assalamualaikum...
Pak cik saya memberitahu bahawa tekun dan tabah itu susah sekali utk bersahabat....Tapi yg tercinta saya sangat hebat untuk menjadikan tekun tabah itu sebagai dua sahabat...Dan saya berusaha dan berdoa agar dua sahabat itu akan dpt mendampingi saya hingga ke akhirnya...
Saya mengenali bahawa hidup ini tidak mudah...Terlalu byk perkara2 yg datang...Saya juga tidak terlepas dari kesilapan...terlalu terbawa-bawa dengan perasaan...kadang2 sy rasa marah sbb mereka tidak memahami keadaan dan situasi sy...tp sy sntiasa tekad di dalam hati...sy pegang jiwa sy kuat2..mempercayai taqdir tuhan...sabar dgn kejadian...
Di sebalik itu..sy sedar situasi sy masih lagi ok..hati sy sedih dan sayu...membaca blog seseorang ini yang menghadapai pelbagai kejadian...Seseorang yg dekat di hati...Owh Tuhanku..dulu dia yg menyaksikan kejadian itu dan sekarang dia melalui kejadian itu dan ditambah pula dgn kejadian yang lain..Berikan kekuatan pada mereka sepertimana kau curahkan kepada kami...
Dua sahabat..Moga anda berdua mendampingi saya sentiasa :)
with love,
UM

Sunday, January 2, 2011

Saya tak tau nak cakap apa

Saya x tau nak cakap apa...

Sesetengah perkara di dunia ini adalah sungguh sukar untuk difahami...
(Tuhan lebih Tahu)

Thursday, November 25, 2010

Dan apabila hati tiba-tiba menjadi sayu..

Bismillahirrahmanirrahim
Dan apabila hati tiba-tiba menjadi sayu...air mata mula bergenang dan diikuti titisan menitik satu-persatu..
Flashback cerita lalu...
Mengimbau kisah dahulu...
Terkenang detik itu...
Ketika dan saat yang terlalu sukar untuk diungkapkan melainkan yang tahu...
Tidak mampu dilawan perasaan itu...
Yang datang menjengah dalam masa yang satu...
Terlalu banyak untuk disemat menjadi kenangan...
Tidak kurang banyak untuk dibuang jauh-jauh ke dalam lautan...
Aku manusia yang punyai hati apabila disentuh dengan kejadian...
Kerana kita punya Tuhan mengimbangkan ruh yang tidak keruan...
Telah ku nilai mana yg dikatakan intan...
Telah ku tahu mana yang dikatakan lawan...
Telah ku sedar siapa yg akan sentiasa dalam dampingan..
Telah ku maklum siapa yg seperti tiada kewujudan..
Kadang-kadang aku takut untuk melangkah...
Kadang-kadang aku gentar untuk menapak...
Tidak ku tahu apa ketentuan...
Tidak ku tahu apa pengakhiran...
Aku menyayangi mereka...
Mereka yg sentiasa dekat di hati...
Mereka yg masih bisa untuk mengagahkan aku...
Mengenggam erat tanganku...
Menemani dengan setianya aku...
Mendengar tangisan aku...
Sabar melayani aku...
Menitipkan kata dan azimat...
Walhal aku seperti tegar tidak mendengar...
Aku sabar menanti...
Kebahagiaan yang kekal abadi...
Kerana aku percaya pada rahmat Tuhan...
Mungkin masa belum kesampaian...
(Pegangi hatiku Ya Allah..Sentiasa)
With luv,
UM

Sunday, October 24, 2010

Setahun itu adalah sekelip mata...

Assalamualaikum..
In the name of Allah the Most Precious and Merciful...
Di kala ini..masih tenang jari menari2 menyiapkan assignment terakhir semester ini..Menyelusuri setiap baris dalam pencarian ratio decidendi paling tepat..Case appeal dengan 3 org judge..
2 3 hari sebelum ini adalah saat or zone tenang..banyak masa untuk diri sendiri..Jumaat malam sabtu menulusuri MRR2 yg mmg terkenal dengan kemeriahannya..Namun kegigihan itu berbaloi demi mengembirakan hati seseorang dan memenuhi harapan nurani..Dan YA..perjalanan dimudahkan dengan permulaan niat yang baik..Mengembirakan hati org lain adalah suatu perasaan indah yang sukar diungkapkan..
adik mat pis (panggilan arwah abah utk nafis) tersengih2 saat kakak dia smpai di muka pintu asrama...adik saya yang sorang ini sangat manja secara indirectly..call pun dalam analogy penuh makna..haha..tp takpe sudah memahami..hati si minor bwh 18 thn yang perlu dijaga dan dipelihara secara psikologi agar tenang dan tabah melalui langkah perjalanan yang masih di jauh di hadapan..
Beberapa jam lagi..tarikh 25/10/2010 bakal menjengah lagi..
Genap setahun..yang tercinta pergi menghadap Ilahi yang lebih menyayangi..Jika mereka berkata sudah setahun..ya..saya tahu sudah setahun..tapi hati dan jiwa saya masih sensitif tatkala terkene walau sezarah huruf mengenainya..Itu sebabnya titisan air mata di dlm tutorial EPS sudah cukup menerangkan segalanya..Tetapi saya adalah manusia normal..
Bukan untuk menangisi yang telah pergi..hanya utk mengingati seseorang yang sangat dan terlalu dekat di hati..yang menjadi tonggak kami,panduan hidup dan amalan berbudi..Hanya Tuhan sahaja yang memahami..dan sesiapa yang pernah melalui..jangan ckp anda faham..kerana sampai bila2 anda tidak akan faham..tetapi ada sahaja situasi utk org lain expect kita utk faham keadaan mereka tetapi mereka tidak faham situasi kita..terima kasih..tetapi saya anggap semua itu semua cabaran utk saya..
and plz..do look at me as normal as you can...
Dan sini..terima kasih..terima kasih kpd mereka yang sentiasa ada di sisi saya..secara indirect or indirectly..
yang menyapa saya di jalanan..memberikan senyuman..itu sudah cukup mengembirakan hati saya.
yang selalu msj saya di fb.post kat wall saya.menegur saya dengan hanya satu ayat.terima kasih.anda tidak tahu betapa yg short and simple itu sudah cukup utk saya..
yang sentiasa membuatkan saya ketawa dan tersenyum gembira..dengan lagak2 yang xtahu nak cakap macamana.
yang selalu AMBIL BERAT dengan cara yang paling simple dan sehingga yg complicated.yang selalu bertanya.
yang selalu teguh di belakang saya.ummi dan adik2 saya.mereka kekuatan hingga ke akhir hayat.
Sahabat2 saya dunia akhirat yang terlalu ramai utk disebutkan..di mana-mana anda berada..di Gombak,semenanjung,utara dan selatan hingga jauh ke timur tengah dan juga england..
maaf jika ada tutur bicara,sebarang perlakuan yang menyentuh jiwa...tq kerana memahami..
dan
DIA..yang sentiasa berada di sisi..sentiasa dan bila2..Thank You Allah for everything despite of my ignorance..you're still there..testing me in ur ways..that i'm grateful that YOU remind me always to be persistent and consistent in my way for YOU..Protect me and my beloved..Dari segala kejahatan,kelalaian, and anything evil..
Dulu saya penah baca blog..penulisan ditujukan buat yang tiada..But then now..i'm doing this just utk melepaskan rindu..
Dear Abah,
Kakak doakan abah sentiasa di alam perlindunganNya dan rahmat kasih sayangNya
Bila abah pergi kakak rasa separuh jiwa kakak pergi juga
Abah terlalu dominant dalam diri kakak
Tetapi yang dominant itu yang telah membuatkan kakak masih berdiri sehingga sekarang
Terima kasih atas kekuatan yang telah ditanamkan dalam jiwa kakak
Warisan abah yang sangat kuat dan teguh dalam kehidupan
Kakak dah nak habis final sem..
Sekejap je kan..?Ingat lagi time matric dulu abah hantar..Time masuk main campus pun abah hantar..Pastukan ummi cakap nanti nak hantar kakak time register LLBS..hehe..xpekanla kan abah..kesian ummi xpenah dapat hantar kakak..
Man dah nk masuk final sem..Rituh die kene undergo minor knee injury..one of the nerve kat ligamen putus..tapi time2 kene bertongkat tuh..he still manage to do his professional exam..he's doing fine..and he is changing slowly to be in your role..i'm proud of him..I know you would be proud of him too..
Ismah..masih sama time kt SBPI dlu..sibuk dengan aktiviti tambahan..bukan debate..but more to the student society..makan pun masih x byk..but dah pandai kot makan pizza..she's taking fiqh as her elective..she's doing fine too..she would be a great doctor for our family..
Nafis..identically like you abah..bila dia panggil kakak kan.suara nafis mcm abah sangat..he is happy in smkl..aktif mengalahkan YB..he adapts so fast and easily..harituh pergi archery kt perak wakil kl..he has the potential of being a ustaz..he..:) we will make sure he does..
The three princesses kt rumah tuh...mcm biasalah..awah dah abis exam..kak baby is still in her gentle ways..muna is getting chubbier..he..she eats a lot..and their daliy actvities is playing with amai anak mak long..and muna is doing fine in school..the little baby is growing abah :)
Ummi has been working for almost 8 months..we are proud to have such a strong mother..she is enjoying her work and making herself busy..i will always try to call her everyday..and i can sense from her voice that she is tremendously happy whenever i call her..we will take care of her..Abah jangan risau k...
Kakak harap abah tenang di sana
Doa kami adik-beradik setia menemani abah
Juga ilmu-ilmu yang abah berikan sejak tahun 1986 menerangi
Bila-bila..abah datanglah dalam mimpi..Kalo dapat tengok sekejap pun xperla..
We love you and always missing you...
With luv,
UM

Wednesday, October 20, 2010

100 meter terkakhir..

Assalamualaikum

Dulu kat sekolah..time sekolah rendah..saya memangla ratu sprinter..ini zaman time sekolah rendah..n jugak pada masa yg sama ratu jarak jauh..bab merentas desa..itu adalah expertise saya..smpai ke sekolah menengah..jarak jauh dan sukan berstamina tinggi adalah bidang saya..kurang dah bab sprinter sbb bdn da berat..
dan sekarang..aderla 2 sem meninggalkan seketika dunia sukan for which seriously rasa lesu yg obvious..xper..kene smngat balik exercise ni..he..
Berbalik pada matlamat asal entry kali ini..tinggal bbrapa hari sahaja lagi final exam utk LLB akan ditempuhi..
Perasaan sekarang ialah utk melakukan yang terbaik bagi peperiksaan LLB yg terakhir ini..dan SEDIH itu sudah pasti..IIUM,especially AIKOL sgt mendatangkan satu memori yang sukar diungkapkan..(save dlu bab memori..he)
Dengan segala apa yg berlaku...Saya masih lagi berdiri sehingga sekarang...Moga Allah memudahkan larian yang terakhir ini..
For the beloved...
with luv,
UM

Thursday, September 16, 2010

Things that you can't see but you can feel...

It's been a while that i haven't updated anything..hehe..;) Assalamualaikum... and Eid Mubarak to all..At the meantime i'm still enjoying the mood of eid together with my beloved mother and riang-ria siblings...It's the moment yang balas terhadap ketidak pulangan dan ketidak jumpaan selama beberapa bulan..:) Sis di Alex turut pulang..only beloved bro in US is not here with us this year..he will be back for the next raya..InsyaAllah..

Regarding the title of this entry..well..ntah...mmg ada sesetengah perkara yang tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa..;) apakah itu..?rahsia..haha..

Raya seperti biasa...Kuih raya buat..Lauk-pauk raya pun ada..tetapi kekurangan itu sangatlah terasa..mungkin masing-masing cuba utk menyembunyikan apa yang terbenak di hati tapi jauh di sudut hati..i know that everyone felt sad...but we tried hard to make ourselves happy..

We did what we always do for hari raya..Go on with the tradition...But well it still felt so different..

FAMILY..where the heart will always be..how far you maybe...they will always remain deeply in our hearts..

FOREVER....



Missing him...and always...

With luv,

UM